Tak Seindah Mimpi..
Whats wrong with me???
Aku dengan dia kan kawan baik???
kenapa boleh ada perasaan macam ni???
Ya. Hidup memang selalunya tak seindah apa yang kita mimpikan dan itu la yang sedang aku alami sekarang. Dulu aku terima berita ini dengan perasaan gembira yang tidak terkira kerana aku merasakan mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku dan dia. Untuk menyesuaikan diri dan bekerjasama bersama mungkin tidak menjadi masalah memandangkan kami sudah berkenalan agak lama, juga merupakan kawan yang sangat akrab. Tapi kegembiraan yang aku rasa sekelip mata hilang. Ternyata apa yang aku hadapi sekarang melencong 100% daripada harapan dan impian aku sebelum ini.
Huh! Hari-hari dah tak seriang dulu...gelak tawaku hanya siang hari. Malam malam ku sunyi sepi (kecuali kalau tengah layan movie lucu...memang tipu kalau kata aku tak gelak...tapi gelak, gelak sorang sorang la).
Kebosanan yang mungkin tak ada sorang pun yang paham sebab aku sendiri pun tertanya-tanya kenapa harus rasa bosan?
Kan dah dok dengan best friend?
Kenapa tak berbual sampai terkeluar biji mata dengan dia?
Masa berjauh dulu boleh jak pun gelak gelak sampai keluar air mata???
Kenapa sekarang dah dekat tak boleh plak?
Sampai sekarang aku tak da jawapan untuk soalan yang aku cipta sendiri. Dari mana silapnya???
Aku ka yang cepat terasa bosan?
Aku ka yang mahukan semua nampak sempurna?
Aku ka yang susah nak berpuas hati?
Aku ka yang selalu mencari salah orang lain?
Atau aku yang tidak boleh menerima pendapat dan nasihat orang?
arghhhh serabut sungguh kepala otak aku ni memikirkan semua tu. Aku tidak minta lebih, aku cuma minta dia berusaha untuk jadi yang terbaik dan buat yang terbaik. Aku tersangatlah tidak suka orang yang buat kerja cincai dan macam takda perasaan.
Hmm ntah la...kalau ikutkan hati rasanya mahu hantar surat kat pengurusan minta pertukaran cawangan. Tak sanggup dah rasanya hari hari menanggung bebanan perasaan dengan kawan sendiri.
Hubungan yang dulunya mesra kini suram dan seperti tak bernyawa. Dia dengan halnya dan aku dengan hal aku... Walaupun setiap hari bersama tapi ayat yang terkeluar dari mulut masing masing boleh dikira dengan jari. Terlalu jarang bercakap apatah lagi berbual mesra...sebulan sekali je kot hehehhe...
Manakan aku tak bosan, pegi keja huha huha dengan bos...balik keja, masuk je ke bilik terus sumbat telinga dengan earphone dan akhirnya aku tenggelam dalam dunia aku sendiri owhhh betapa sandinya. Orang ramai tapi aku rasa kesorangan.
Curhat Seorang Sahabat
.
Jumaat, 21 Mac 2014
Langgan:
Ulasan (Atom)

