BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome 2 my life

Isnin, 19 Mei 2014

TiAdA aPa YaNg DaPaT kU LaFaZkAn...

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama aku tak update blog ni...sawang berjuntai-juntai, debu berterbangan...sikit hari lagi memang berpenunggu la blog aku...ibarat rumah yang dah lama dibiarkan kosng (ngeee~~~ boleh macam 2?)

Hari ni tetiba rajin nak memeriahkan blog ni dengan kehadiran N3 baru... Aku sayang wei blog ni, daripada langsung tak tau apa2 pasal blog sampai la sekarang ni still tak tau jugak hahaha... Bab bagi aku blog ni satu tempat yang paling sesuai untuk aku luahkan semua yang aku rasa...(yang tu aku tipu) tak da la semuanya aku luahkan kat sini...kalau rajin je pun sebenarnya.

Semenjak dua menjak ni aku banyak berfikir pasal keluarga dan kawan-kawan aku. Banyak perubahan yang dah berlaku dalam perhubungan aku tak kesah la dengan kawan-kawan mahupun keluarga. Dan yang paling terkesan di hati ialah hubungan yang semakin hambar aku rasakan bersama sepupu2 dan kawan2 rapat aku. Penat aku berfikir...sampai kadang2 tak dapat nak lelapkan mata huhuhu (macam kes berat jak kan) tapi hakikatnya memang berat aku rasakan.

Sejujurnya aku terlalu merindui waktu2 dulu... betapa akrabnya aku dengan sepupu2 aku...betapa mesranya aku dengan kawan2 aku tapi sekarang...

Puas aku fikir mecari silap sendiri... tapi susah aku nak menilai diri sendiri dalam erti kata lain tak sedar diri (huh sandinya) Mungkin jugak kesilapan semua di pihak aku. Ntahlah...mungkin aku terlalu dingin dan beku terhadap mereka...dan mungkin juga aku yang mudah terasa hati dengan setiap keterlanjuran kata mereka... pendamkan semua sakit hati sehingga memakan diri sendiri. 

Seperti tajuk untuk N3 ni "tiada apa yang dapat ku lafazkan untuk menggambarkan perasaan dan bentuk hati aku sekarang" jadi cerita ni kita tolak tepi dulu...nnt dah dapat jawapannya baru aku update lain N3 plak.
.
.
.
.
.
Sebenarnya yang buat aku bersemangat nak update blog hari ni sebabnya aku nak abadikan cerita perkahwinan sahabat baik aku LILI (Seindah Puteri) yang berlangsung baru2 ni 13 MAY 2014.

Kenapa pulak aku yang kena semangat??? 
Bukannya aku yang kahwin pon kan???

Sebenarnya...
-  hushhh sebenarnya lagi...tak ada perkataan lain ka??? 

Ok aku tukar 

Sebetulnya...(hahahha dah lain kan tapi maksud masih sama...tak kesah la) biar pun hubungan aku dengan LILI tak semesra dan seakrab dulu (Puncanya jangan tanya bab aku memang tak habis fikir lagi) tapi bagi aku hmmm macam mana nak cakap?

Senang cerita hari berbahagia kawan2 aku merupakan hari bergumbira aku jugak. Lagipun antara kami bertiga...LILI yang paling awal kawen hahaha semangat betul dia padahal aku ni la yang selalu bising2 nak kawen la apa la...tengok2 sampai sekarang tak kawen kawen huhuhu apa la nasib badan. Tapi tak apa jodoh untuk aku belum sampai agaknya. lagi pun LILI yang paling tua antara kami bertiga jadi memang harus la dia kawen dulu hehehe... 

Sebelum hari perkahwinan tu berlangsung aku memang dah pening tahap gaban memikirkan apa hadiah yang sesuai nak bagi kat bakal pengantin ni??? memang tak da pengalan langsung dalam bab ni. Lagipun aku bukannya pernah pegi kenduri kawen ni (tipu lagi) pena la tapi ada la 3 4 kali jak pegi.

Macam-macam idea merepek bermain2 dalam kepala aku ni... LULU pun tak membantu langsung...siap main rahsia2 lagi hadiah apa nak pagi (ini semua poyooo) antara hadiah yang aku terfikir nak bagi calon calonnya adalah : jeng jeng jengggggg
.
.
.
.
.
.
.
1) Baju tidur yang seksi (niat nak bagi suami dia berdarah hidung tengok dia pakai macam 2)
2) Pakaian Baby (sebagai pembakar semangat hahaha...)
3) Lesung batu (hahaha paling mengarut...)
4) Cadar (nak bagi yang corak2 romantik gituuu...tapi tak jumpa yang sesuai)
5) Frame Ayat (bukan ayat2 cinta ya...kang muntah hijau plak pengantin...ayat2 al-Quran tp kat Tawau ni memang hampeh)
6) Set pinggan mangkuk (kot kot la ada rumah sendiri dah ada sikit2 pekakas dapur)
7) Body Shop (nak bagi aroma2 yang mengairahkan...hahaha eee gethek betul ayat)
8) Penimbang Berat Badan (mana la tau dah kawen berat bertambah2...tapi rasa macam perli diri sendiri jak)
9) Jam loceng (nak siap set alarm tengah2 malam buta...kacau daun sikit)
10) Tong Gas (saja nak bantu pengantin untuk mulakan kehidupan berumah tangga...apa kaintannta???ntah)


10 benda ni antara hadiah yang aku nak bagi kat pengantin...tapi setelah dipertimbangkan baik dan buruknya akhirnya aku beli pembakar roti. 

Motif???

hahaha ntah main tangkap muat jak pun...kebetulan itu yang ada depan mata. Siap selit kata pujangga lagi dalam kota pembakar roti tu... "Sarapan yang ringkas tapi amat bermakna jika air tangan seorang isteri yang menyediakannya" hahaha ayat ntah apa2 ntah tapi yang pasti ada maksud tersirat tu...baca dan fahamkan ya.

16 May 2014

Aku pegi majlis tu dengan LULU... tapi siyes aku sedih gila gila bab tujuan utama nak tengok LILI nikah...sekali dorang nikah Pukul 2 petang da huhuhu...tak dapat la aku nak saksikan detik detik indah LILI bergelar isteri. 

Aku terpaksa balik awal wei...bukan saja2 bab masalah kenderaan, esoknya aku dah terpaksa keja. Sedih sangat tapi tak apa la aku doakan dari jauh jak semoga Lili dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat.


Sempat jugak la amek gambar dengan pengantin... 

To LILI ---> Ko cantik betul masa ni...berseri-seri muka hahaha suka la tu kan??? Sekarang ko dah jadi bini orang...kena matang sikit tak boleh mau gila2 sangat sudah. Yang paling penting terima suami ko 2 seadanya...terima baik dan buruknya dengan ikhlas. (Nasihat si bujang kepada si Isteri orang)
Aku selalu doakan kebahagian ko n LULU...xpena aku lupa kamu berdua walaupun mungkin aku dah tak macam dulu (Sori sangat untuk itu). Semoga ko bahagia hingga ke jannah...bantu suami untuk bentuk keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.








Celoteh Seputih Kasih Q
*LULU & LILI kamu tetap sahabat kesayangan ku...*


Selasa, 8 April 2014

Kenapa aku rasa dia sungguh selfish

Tajuk macam marah + keliru + bingung + terkejut + seperti bermimpi = menjengkelkan

Walaupun macam tak ada kena mengena...tapi suka untuk aku nyatakan tajuk terhasil oleh rasa yang kurang senang aku terhadap seorang hamba Allah.

Rasanya kebanyakan post aku memang ada unsur unsur kurang senang...Ntah bila agaknya hati aku nak senang hehehhe...

Jadi???

Ada aku kesah???

Aku dah plan cuti baik punya untuk may ni...banyak urusan nak kena settle dan ada hajat di hati yang nak kena lunaskan tapi...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aku tak dapat terima kalau aku terpaksa buat pindahan cuti apatah lagi membatalkan cuti semata-mata untuk memberi laluan untuk orang yang nak berkahwin ni.

Aku xada la kejam sangat... bukan xnak bagi laluan langsung tapi bertimbang rasa la sikit... fikir la sikit keperluan orang lain.

Pihak pengurusan dah peruntukan cuti ehsan 3 hari untuk orang yang nak bina masjid ni...2 dah kira ok...kalau nak tambah cuti sampai seminggu pun aku ok lagi... xada masalah, aku boleh paham... Pengantin baru kan, banyak la kot aktiviti nak buat (otak ada awan2 nakal) tehee~~~

tapi kalau nak pulun habis cuti samapi 3 minggu "oh mak kau, nak berbulan madu di London ka berbulan madu di awan biru ni???" terkejut beruk aku...beruk 2 ada cool sikit lagi kot dari aku huhuhu...rasa nak tumbuk2 dada macam kingkong nak mengamuk jak masa 2...tapi aku masih boleh control ayu la walaupun muka sebenarnya dah macam kayu huhahuha...

Kitorang sebenarnya kekurangan kakitangan...memandangkan cawangan kitorang ni baru mula beroperasi so staff yang di tempatkan kat sini pun cukup2 makan je la... ye la nak letak staff ramai2 pun bukan ada keja sangat pun nak buat...Makan gaji buta jak nanti.

Kalau dah staff pun kurang, nak bercuti lebih2 tu memang payah la sebabnya, sorang cuti dua orang kena jaga cawangan... kalau dah pulun cuti sampai 3 minggu memang yg dua orang staff ni kempunan la nak bercuti.

Orang lain pun kawen jugak tapi tak ada la amek cuti macam tu punya lama huhuhu... kalau keja company sendiri ikut suka kau la...nak cuti 2 bulan pun sapa kesah kan??? ni keja makan gaji, tak boleh la nak fikirkan diri sendiri jak...orang lain pun ada keperluan...ada urusan nak kena buat huh hampeh tol la.

Biarpun kat company ni ko ada cable kuat yang boleh sokong apa pun yang ko buat...tp jangan la buat keputusan macam xada otak nak fikir... kena ingat jugak la, kat sini ko bukan kerja sendir...

Aduh...sandi betul la dia ni...

Berdosa ka aku kalau aku doakan dia punya cuti 2 pengurusan tak approve??? macam kejam kan bunyinya tapi apa boleh buat...dia kejam kita pun kejam jugak la.


~Amarahku Bertempiaran~



Jumaat, 21 Mac 2014

Tak Seindah Mimpi..

Whats wrong with me??? 
Aku dengan dia kan kawan baik??? 
kenapa boleh ada perasaan macam ni???

Ya. Hidup memang selalunya tak seindah apa yang kita mimpikan dan itu la yang sedang aku alami sekarang. Dulu aku terima berita ini dengan perasaan gembira yang tidak terkira kerana aku merasakan mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku dan dia. Untuk menyesuaikan diri dan bekerjasama bersama mungkin tidak menjadi masalah memandangkan kami sudah berkenalan agak lama, juga merupakan kawan yang sangat akrab. Tapi kegembiraan yang aku rasa sekelip mata hilang. Ternyata apa yang aku hadapi sekarang melencong 100% daripada harapan dan impian aku sebelum ini.

Huh! Hari-hari dah tak seriang dulu...gelak tawaku hanya siang hari. Malam malam ku sunyi sepi (kecuali kalau tengah layan movie lucu...memang tipu kalau kata aku tak gelak...tapi gelak, gelak sorang sorang la).
Kebosanan yang mungkin tak ada sorang pun yang paham sebab aku sendiri pun tertanya-tanya kenapa harus rasa bosan?

Kan dah dok dengan best friend? 
Kenapa tak berbual sampai terkeluar biji mata dengan dia? 
Masa berjauh dulu boleh jak pun gelak gelak sampai keluar air mata???
Kenapa sekarang dah dekat tak boleh plak?

Sampai sekarang aku tak da jawapan untuk soalan yang aku cipta sendiri. Dari mana silapnya???

Aku ka yang cepat terasa bosan?
Aku ka yang mahukan semua nampak sempurna?
Aku ka yang susah nak berpuas hati?
Aku ka yang selalu mencari salah orang lain?
Atau aku yang tidak boleh menerima pendapat dan nasihat orang?

arghhhh serabut sungguh kepala otak aku ni memikirkan semua tu. Aku tidak minta lebih, aku cuma minta dia berusaha untuk jadi yang terbaik dan buat yang terbaik. Aku tersangatlah tidak suka orang yang buat kerja cincai dan macam takda perasaan. 

Hmm ntah la...kalau ikutkan hati rasanya mahu hantar surat kat pengurusan minta pertukaran cawangan. Tak sanggup dah rasanya hari hari menanggung bebanan perasaan dengan kawan sendiri. 

Hubungan yang dulunya mesra kini suram dan seperti tak bernyawa. Dia dengan halnya dan aku dengan hal aku... Walaupun setiap hari bersama tapi ayat yang terkeluar dari mulut masing masing boleh dikira dengan jari. Terlalu jarang bercakap apatah lagi berbual mesra...sebulan sekali je kot hehehhe...

Manakan aku tak bosan, pegi keja huha huha dengan bos...balik keja, masuk je ke bilik terus sumbat telinga dengan earphone dan akhirnya aku tenggelam dalam dunia aku sendiri owhhh betapa sandinya. Orang ramai tapi aku rasa kesorangan.


Curhat Seorang Sahabat


.

Isnin, 17 Februari 2014

ADUH... Aku Kurang Senang Padamu

Dah kenapa dengan aku ni???
Pepagi lagi dah stress la...benci la mak kalau macam nie...
Ntah kenapa rasa kurang senang, geram tu selalu hadir semenjak dua menjak ni pada orang yang sama...

Ternyata reality tak seindah fantasi...

Ketenangan aku diragut olehnya huhuhu...mau cerita lebih pun rasa macam tak best jak.

Please la rasa rasa yang tak enak ni...please nyah kau dari hidup ku

Khamis, 30 Januari 2014

owh mama saya mahu kahwin...

Assalamualaikum...

Pengenalan
--> Nama sebenar aku Nurul Akiko Aniza...(ni ibu aku kata la) nama kat ic Siti Aniza..ntah macam mana boleh terubah jadi macam tu...malas aku nak amek tau ngeee~~~
--> Umur aku sekarang da masuk 25 tahun...tp still nampak muda cam budak belasan tahun (ni orang la yang cakap...tak ada niat langsung nak memuji diri sendiri. Asal gi memana orang selalu tanya study kat mana??? sekolah kat mana??? tingkatan brapa???...nampak tak betapa baby facenya muka aku hahahha dah mula nak riak le tue)
--> Status aku sekarang single but not available (boleh ka cakap macam tu)...sebenarnya available lagi bab belom ada apa-apa ikatan pown...
--> Perwatakan aq??? erm tak la menarik aku ni, orangnya pendiam...hanya mesra dengan orang-orang yang aku dah biasa, agak baran sket la tapi sangat senang nak pujuk aku kalau kena caranya, agak pemurah, menghormati orang tua, agak lasak, penyayang dan romantik (hahahha ntah eya ka tidak..ni aku rasa la, pendapat orang lain tentang aku tu aku tak tau la)
--> Tang rupa ni aku xdapat nak cakap sangat la...t korang kata perasan plak kan ngee~~~ Aku...orangnya rendah,tapi BMP masih ok la...nampak mmg chubby huhuhu (plan nak diet tp banyak sgt godaan la) Pipi tembam2 sikit, ada sebijik dua jerawat kecil2, hidung tak mancung dan tak jugak pesek yang penting ada 2 tahi lalat kat batang hidung (tu tandanya di cintai ramai orang...ntah betul ka tidak hhahaha), kening hitam (macam cukur tapi sebenarnya original ni), bulu mata lentik (aceceeee), bibir seksi (nampak sangat tipu hahaha),kulit aku hitam erm manis kot (jilat sikit kat tangan...eyarkkk masin) mempunyai sepasang mata yang menggoda tapi rabun orang tua ngeee~~~

Persoalannya di sini apa kaitan pengenalan yang aku buat panjang2 tu dengan tajuk nak kawen plak ni???

Ada kaitan sebenarnya... 

kaitan dan persoalannya adalah seperti yang berikut :

1) Umur aku yang makin meningkat tapi kenapa tak kawen kawen lagi??? (kawan2 baya aku ada yang da beranak dua)

2) Sifat dan perwatakan aku sama macam manusia biasa...xda yang pelik pun, xkan xada yang berkenan kot???

3) Rupa aku nak kata buruk tak la jugak (bersyukur dengan kurniaan Allah) tapi knpa tak ada orang yang nak pinang?

Sebenarnya aku dah bosan cakap pasal kawen ni...kalau korang nak tau sejak aku sekolah lagi aku dah fikir pasal kawen (hahaha nampak sangat gatal)...ye la kan, sapa yang tak mau kawen??? semua orang nak kawen, nak ada orang teman, jaga, amek berat pasal kita ermm seronok ngee~~~ Tapi jodoh tu bukan aku yang tentukan...aku mati mati suka kat orang ni tapi tup tup putus... kes lain pulak tunggu punya tunggu punya tunggu dia tak masok masok meminang lagi sampai sekarang huhuhu sedih tau. Apa la yang aku mampu buat, kalau aku boleh pinang lelaki mungkin da kawen da aku sekarang ni.

Tension bila da masuk bab kawen ni. Bila jumpa kawan lama mesti tanya da kawen ka belum...bila nak kawen...Jumpa family pun sama jugak lebih lebih lagi bila terjumpa kat tempat kenduri kawen (masa tu rasa nak ghoibkan diri buat seketika jak).

Sekarang ni telinga aku macam nak meletup jak dengar soalan pasal kawen, kebetulan pulak dalam sebulan dua ni keluarga aku tengah sibuk menguruskan sepupu sepupu aku punya majlis tunang, kawen dan ntah apa apa majlis lagi la. Yang lagi parah sepupu sepupu yang nak kawen tu lagi muda dari aku hahhaha (sabo jer la). 

Aku sekarang ni, sampai dah naik malas nak call ibu aku tu...bukan nak kurang ajar lebih lebih lagi nak derhaka...cuma malas la nak menjawab soalan yang sama setiap kali call. Bukan aku tak nak kawen...BUKAN TAK NAK KAWEN tapi agaknya jodoh aku belum sampai lagi...lagi pun baru 25 kot belum 35 lagi kan? Ada jodoh kawen jugak aku ni bu...

Satu lagi yang aku meluat sangat bila sebut pasal kawen ni... nak orang kawen awal tapi hantaran bagi tinggi2...harga barang naik harga anak pun naik jugak huh??? pastu nak buat majlis yang hebat hebat huhuhu...kesian la kat orang yang nak bina masjid tu, ni bukan nak membantu...menyusahkan lagi ada (umum)

Esok2 kalau jodoh aku dah sampai, kalau boleh aku nak nikah jak...ntah la, aku tak berminat langsung nak bersanding2 ni...malu gila tu duduk jadi tontonan orang. Buat kenduri kecil2 pun dah kira ok.

Sekarang hanya mampu pekakkan telinga jak la... Bila masanya da tiba, mulut mulut tu akan tertutup juga.




Ketak Ketuk Ketak Ketuk by

Seputih KasihQ


Jumaat, 24 Januari 2014

Ku Relakan Kau Pergi...

Lokasi  : Office Cawangan Tawau
Masa    : Masa keja la...saja nak curi tulang (xpaya persoalkan)
Mood    : Marah membara tapi dah reda =) kembali senyum

Assalamualaikum... (Penting bagi salam dulu)

Hari ni baru ada masa nak update...kemarin pun free gak tapi mood xbrapa nak ok so cerita ni aku pendamkan la dulu di lubuk hati ku yang paling xdalam...bab lau simpan terlalu dalam nanti susah aku nak curahkan kat sini kan? kan? kan? ngeee~~~

kali ni cerita aku agak sedih jugak la...

Pada 18hb January 2014 atok aku telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit kanser yang dah takleh nak ubat da...mungkin da ajalnya macam ni kan??? 

Datuk aku menghidapi kanser usus...dah hampir setengah tahun jugak la terlantar kat rumah selepas pembedahan potong usus yang da rosak tu... kanser ni memang pembunuh senyap la...susah sangat nak kesan...dapat kesan pun da tahap 4 hmmm...

Sebab benda ni jugak la aku tergerak nak search pasal kanser ni... meh kita sama2 baca pas tu belek diri sendiri kot2 la ada symptom2 yang dinyatakan tu jadi kat kita...minta2 dijauhkan la ek.



APA ITU KANSER USUS

Kanser usus merupakan salah satu jenis kanser yang terjadi pada rangkaian usus besar atau rektum. Untuk dapat lebih memahami mengenai kanser ini, mari kita mempelajari sistem pencernaan manusia normal.
Kanser usus dan dubur bermula dalam sistem pencernaan, juga disebut GI (gastrointestinal) sistem (lihat gambar di bawah).
Gambar Sistem Pencernaan Manusia
Sistem pencernaan memproses makanan untuk menghasilkan tenaga dan bahagian terakhir dari system ini usus besar menyerap cecair dan membentuk hasilan padat (najis) yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.
Selepas makanan dikunyah dan ditelan, makanan berpindah ke perut. Sebahagian makanan dibahagikan ke dalam bahagian-bahagian kecil untuk dihantar ke usus halus. Usus halus adalah bahagian terpanjang dari sistem pencernaan - kira-kira 20 meter.
Usus halus juga menghuraikan makanan dan menyerap sebahagian besar nutrisi. Usus halus berakhir dengan pada usus besar yang panjangnya kira-kira 5 meter. Usus besar menyerap air dan nutrisi dari makanan dan juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan sisa (najis). Najis ini seterusnya bergerak dari usus besar ke dalam dubur - 6 inci terakhir dari sistem pencernaan. Dari sana sisa keluar dari tubuh melalui lubang yang disebut dubur.
Kanser usus besar dan kanser rektum mempunyai banyak persamaan. Kanser usus berkembang secara perlahan-lahan selama bertahun-tahun. Sebahagian besar kanser bermula sebagai polip usus. Polip adenoma ini dapat berkembang menjadi kanser. Dengan membuang polip yang rosak seawal mungkin boleh melindungi anda dari kemungkinan terkena kanser.
Lebih dari 95% dari kanser usus besar dan rektum adalah adenokarsinoma. Kanser ini bermula pada sel-sel yang melapisi bahagian dalam usus besar dan rektum.
Penyebab Kanser Usus
Penyebab kanser usus hingga saat ini belum diketahui dengan pasti. Namun ada beberapa faktor risiko yang meningkatkan dan menyebabkan terjadinya kanser usus, antaranya adalah:
  • Usia: golongan orang tua (berusia diatas 50 tahun) lebih berisiko untuk terkena kanser Usus
  • Pola pemakanan yang sedikit terhadap sayuran dan buah-buahan
  • Obesiti atau pesakit diabetes
  • Merokok atau penagih alkohol
  • Sejarah polip usus atau penyakit usus: orang-orang yang sering mengalami polip usus, penyakit ulcerative colitis ataupun penyakit Crohn, lebih besar risikonya untuk terkena kanser kolorektal
  • Sejarah kanser usus dalam keluarga: Jika anda mempunyai keluarga dekat (ibu bapa atau saudara kandung) yang menderita kanser ini, risiko anda mungkin meningkat
Tanda Kanser Usus 
Kanser kolorektal biasanya tidak nampak dengan jelas tandanya ketika ditahap awal dan tanda jelas akan kelihatan setelah pesakit berada ditahap yang kritikal. Gejala-gejala kanser usus adalah seperti
-          Najis berdarah
-          Perubahan kebiasaan cirit-birit atau sembelit yang semakin kuat
-          Sakit perut
-          Sering keletihan
-          Penurunan berat badan secara drastik tanpa sebab yang jelas
BAGAIMANA KANSER USUS DAPAT DIKESAN
Anda yang berusia 50 tahun keatas ataupun memiliki sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser usus adalah sangat disarankan untuk melakukan SKRINING secara berkala bermula pada usia 50 tahun untuk mengesal dari awal dari terkena kanser usus.
Ini kerana ketika polip pra kanser dan kanser usus besar ditemui dan dirawat pada peringkat awal, peluang bagi kesembuhan adalah 100 peratus.
Antara pemeriksaan yang boleh dilakukan adalah:
• kolonoskopi: teropong usus besar
• Guaiac Fecal Occult Blood Test ('gFOBT): untuk mencari darah di dalam najis.Ini adalah tanda awal kanser usus, biasanya diteruskan dengan kolonoskopi
• Enema barium: tablet barium dimasukkan ke dalam usus besar melalui dubur kemudian dilakukan foto rontgen
• Digital Rectal Examinations (DRE): melihat keadaan dalaman dubur
Ujan penanda tumor CEA dan CA 19-9, iaitu melalui pengambilan sample darah untuk meneliti adanya peningkatan protein tertentu yang berkaitan dengan keberadaan kanser usus pada diri anda.

TAHAP PERKEMBANGAN KANSER USUS
  • Tahap 0 merupakan tahap yang dikenalpasti terdapatnya sel-sel kanser hanya pada lapisan paling dalam pada usus kolon atau rektum.
  • Tahap I merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke dinding dalam usus atau rektum, tetapi belum dapat menembusi keluar.
  • Tahap II merupakan tahap kanser yang mungkin telah menyerang rangkaian di sekitarnya, tetapi belum merebak ke kelenjar lain.
  • Tahap III merupakan tahap di mana kanser telah merebak ke kelenjar di sekitarnya, tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
  • Tahap IV merupakan tahap kanser yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain, misalnya hati atau paru-paru.
Rawatan Kanser Usus

Terdapat empat jenis rawatan utama untuk kanser kolorektal adalah:
- Pembedahan
- Radioterapi
- Kemoterapi
- Target terapi
Bergantung kepada tahap kanser, sebanyak dua atau lebih jenis rawatan boleh digunakan pada masa yang sama, atau dilakukan satu persatu.

Pembedahan untuk Kanser Usus

Pembedahan biasanya merupakan rawatan utama untuk kanser usus di tahap awal.
Polipectomi adalah suatu kaedah yang biasa digunakan oleh doktor (ahli endoskopi) untuk membuang polip usus yang dianggap berbahaya pada waktu dilakukan kolonoskopi.
Bila ia sudah bertukar menjadi kanser, maka perlu dilakukan tindakan pembedahan yang disebut kolektomi atau reseksi segmental. Biasanya doktor akan membuang bahagian usus yang terkena kanser (termasuk nod limfa didekatnya), dan kemudian menyambung semula bahagian usus yang masih berbaki.
Pada kaedah rawatan ini, doktor mungkin perlu untuk membuat lubang pembuangan najis sementara (ostomi) di pinggang pesakit supaya usus kembali sembuh.
Kaedah pembedahan laparoskopi kolostomi (lihat gambar dibawah) - menggunakan teknik yang lebih canggih yang tidak memerlukan tempoh yang panjang seperti pada operasi pembedahan biasa (open surgery). Terdapat beberapa manfaat dari kaedah ini adalah terasa sakit sesudah operasi jauh lebih berkurang .
Untuk jenis kanser dubur (rectum) ditahap awal, doktor akan melakukan pembedahan seperti pemotongan local dan reseksi trans-anal local, sebuat alat akan ditempatkan ke dalam dubur, tanpa perlu membuat bukaan pada kulit.
Bagi kes kanser usus dan kanser rectum tahap II dan III, ia mungkin memerlukan pengendalian atau pembedahan yang lebih serius dengan salah satu kaedah ini:
Reseksi Low Anterior: Kaedah ini dilakukan bila kedudukan kanser terletak diatas rectum berhampiran dengan sempadan usus besar. Doktor bedah perlu membuat belahan terbuka pada perut untuk membuang bahagian yang terkena kanser (beserta kelenjar yang dijangkiti), tanpa menjejaskan Anus. dengan kaedah ini, pesakit masih boleh membuang air besar seperti biasa (melalui dubur).
Proctectomy dengan colo-anal anastomotosis: Bila kanser berada diantara bahagian tengah dan 2/3 bawah dubur, maka seluruh rektum dan usus besar yang melekat pada dubur perlu dibuang. Ini disebut sebagai anastomosis colo-anal (anastomosis bermakna sambungan). Ini adalah rawatan yang sukar untuk dilakukan. Untuk itu doktor akan membuat beg pembuangan najis sementara (ostomi) hingga ususnya sembuh. Operasi kedua diperlukan kemudian untuk menutup pembukaan ostomi.
Reseksi Abdominoperineal (AP): Apabila kansernya berada pada bahagian bawah rectum berhampiran dengan dubur, maka pakar bedah perlu membuang juga anusnya. Oleh itu sebuah lubang pembuangan najis (ostomi) permanent perlu dibuat untuk mengeluarkan najis dan kotoran dari tubuh pesakit.
Eksenterasi panggul: Jika kanser rektum sudah merebak ke organ terdekat, maka diperlukan satu pembedahan radikal, yang mungkin melibatkan usus besar, dubur ataupun pundi kencing ,prostate atau rahim yang dijangkiti. Ostomi diperlukan untuk pembuangan najis permanent. Jika pundi kencing dibuang, urostomy (jalan untuk buangan air kencing) juga diperlukan.

PENCEGAHAN KANSER USUS

Tindakan terbaik yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser usus adalah dengan rajin mengambil serat (biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran). Elakkan makanan yang mengandungi pewarna, pengawet, alcohol dan rokok. Banyakank minum air putih dan elakkan stress.
Selain itu penting bagi anda yang berusia diatas 50 tahun untuk kerap melakukan saringan kanser usus melalui teropong usus (kolonoskopi) sebagai sebahagian daripada regular check up anda.
Anda juga boleh mengambil supplemen vitamin dan herba, seperti Typhonium Flagelliforme ® untuk meningkatkan daya tahan anda dan mencegah dari awal dari terkena kanser usus .





Erm menakutkan bukan??? Jagalah kesihatan kita bersama "Hidup Sihat Keluarga Bahagia" pesanan dari penaja ngeee~~~ tapi serius ni aku tak main main...kadang kita tak sedar penyakit tu da berumah dalam badan kita, sedar-sedar pun da teruk doktor pun da geleng-geleng kepala huhuhu... So mencegah lagi murah dari mengubati kan?kan?kan? lau ubat terus sembuh xpa la jgk...

Pemergian atok tu aku dan keluarga ikhlaskan...tuhan lebih menyayanginya cuma aku yang hidup ni kena jadikan benda tu sebagai pengajaran la...Jangan ingat orang yang kuat, gagah, perkasa tu sihat...dalamannya kita tak tau dan mungkin jugak orang punya badan pun tak tau...renung-renungkan lah...


Ceramah Kesihatan Daripada Dr.Aniza

Jumaat, 17 Januari 2014

Dreams Come True...



Dreams are there to show you the way
(Better take a look inside)
Close your eyes find out what they're trying to say
(You gotta take a look inside)

Only for a minute
Just to make a start
Imagine what you wanna see

Wake him up the wizard
Sleeping in your heart
Just imagine what you wanna be
Don't you know that...

[Chorus]
Dreams come true they do
Dreams come true
From all of us to all of you they do

Don't you know that dreams come true
Love is just a second away
(Better take a look inside)
Make that magic rule, let the miracle stay
(You gotta take a look inside)

Only for a minute
It's not a fantasy
Just imagine what you wanna be

Don't you know that...

[Chorus]
Don't you know that dreams come true
Don't you know that dreams come true
Only for a minute
You can make your dreams come true



Ceh tajuk omputeh tuuu ngee~~~ siap ada lirik lagu lg...tp apa mksdnya pun aku xtau hehehe almaklum lidah dan otak sama karatnya kalau bab2 bahasa mat salleh ni.

Apa kaitannya?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa Motifnya nie??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ngeee~~~ =p
.
.
.
.
.
.
.
.
.
cam best plak
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sekali lagi la
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
hahahah...
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.














hahaha tu dia tok adi da datang...

K la balik kpda cerita yang aku nak share ni...sebenarnya xda kena mengena, sangkut paut, bau2 bacang pun xada dengan lirik lagu d atas 2 ngeee~~~ saja jak menggedik masukkan lagu 2 dlm n3 kali ni.

Eya2 jak kn...ntah ada ka tidak yg baca blog aku ni... (ada aku kesah???) aku buat blog ni pun untuk suka2 jak, sebagai tempat meluah perasaan semata2... (kata hati)

Tang tajuk 2 mmg ada kena mengena jgk la...sebenarnya nak cerita pasal angan2 aku ngan kawan rapat aku (Lili & Lulu)... Kitorang slalu berangan bila dah habis sekolah nanti nak keja sama2, tinggal sama2,dan yang paling teruk 2 bila dah kawen nak buat rumah sebelah menyebelah. kata Lulu "kalau malam boleh jadi ninja p skodeng jiran sebelah rumah" gethek betul dia masa 2 hahhaha tp sekarang da kurang gethek mungkin bab da besar kot...malu da nak merepek yang bukan2 hahahha...

Nak dijadikan cerita, sekarang ni angan2 kami tu hampir 85% jadi kenyataan... aku dengan Lili da keja satu office dan tinggal sebilik malah setilam (tapi kami normal okey).

kenapa aku kata 85% bab yang selebihnya tu Lulu dah bawa lari hehehhe... Lulu belum berjaya kami heret bersama ke dalam bidang kerja yang amat amat Amat mencabar jiwa dan raga...Bidang kerja yang menjadi perhatian jarak jauh orang2 jahat cm Perompak, penyamun tarbus dan pentoyol hahhaha... Mungkin akan datang kalau ada rezeki dia pun akan joint kami tapi kemungkinan besar xdapat nak satu office la.

Okey dengan cerita aku ni maka terjawap la kenapa aku bagi tajuk dreams Come true untuk n3 kali ni...

Tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.
.
.

.
.
Rrealiti selalunya tak seindah mimpi...


Walaupun ni yang selalu kami harapkan, tapi bila dah jadi kenyataan 2 perasaan aku rasa lain... ada rasa takut, risau, serba salah.


Pasal tinggal sama 2 tak jadi hal la...


Tapi...kerja bersama ni yang aku risaukan... aku risau kami xdapat nak bekerjasama sebabnya mungkin cara kerja kami tak sama, aku jenis yang skema sikit kalau kerja sebab aku paling tak suka kena tegur apatah lagi kena marah... Aku bukan apa, kitorang tiap bulan akan kena audit oleh barisan para audit yang ya ampunnn cerewetnya boleh buat orang cirit birit 3 hari 3 malam...sebab 2 la aku dengan sedaya upaya mengelak dari kena tegur, teguran yang membina 2 xpa la...ni mulut punya jamban...stress btl la. Cakap pasal dorang pun da stress lom lg bdepan ni hahhaha...

Kawan aku ni plak aku tak tau la macam mana cara dia keja...bab ni pengalaman pertama kami bkerja sebumbung... 

Bukan nak temberang... saja nak gtau supaya cerita aku lebih terang, jelas dan dapat difahami.

Aku kat office ni kira orang no 2 la selepas pengurus cawangan...jadi apa2 hal aku kena amek tau sebab kalau pengurus xda aku yang kena handle smua huhuhu dah la aku ni budak baru belajar...2 yang menambahkan lg kerisauan aku. Tapi sebenarnya aku ngan kawan aku sama level jak...kuli kuli sahaja

Yang membuatkan aku risau ni...transaksi yang staff buat kadang2 aku yang semak, so kalau ada yang tak kena aku akan tegur...aku risau setiap kali aku tegur kawan aku ni...aku takut dia tak suka, kang dia kata aku cerewet dan banyak songeh plak. 

bagi aku cerewet atau skema untuk kerja tak salah...ni pun untuk kebaikan bersama jugak...kurang kesalahan---> kurang kena tegur ---> kurang stress ---> prestasi meningkat ---> kenaikan gaji tinggi...kan bagus 2.

Aku ni serba salah sangat...nak tegur lebih2 takut, nak suruh itu ini takut...kadang2 pasal keja pun kawan boleh tikam kawan, kawan boleh benci kawan, bagus2 kawan kang jadi lawan plak nanti...2 yang tak sedap 2.

Tapi aku harap dia xmacam tu la...tak campur adukkan masalah keja ngan peribadi... Ni baru permulaan...baru beberapa minggu kerja bersama. Yang pasti banyak lagi dugaan lepas ni..harap2 kami berdua tak cepat melatah.


Amin...

Hasil Coretan

Seputih KasihQ










Khamis, 16 Januari 2014

Sejarah Mungkinkah Berulang ???

 Assalamualaikum...

Hari ni terasa rajin nak update... hari2 yang lain 2 idea melimpah ruah tapi jari2 ini terasa malas nak tekan log in kat blog ni ngeee~~~ asi ka?

Hari ni plak terlebih rajin tapi idea yillek miahahaha apa ka bangangnya aku ni.

Apa plak kaitan n3 aku kali ni ngan tajuk yang ala2 jiwang lagu newboys ni miahahaha (muntah hijau)... 
Actually aku saja nak mengimbas balik kenangan2 aku yg ermm boleh la di katakan indah masa kat cawangan lama aku 2... lagipun kan aku dah janji nak upload gambar2 kat cawangan lama 2...dah terlanjur aku rajin hari ni so boleh la aku tunaikan janji 2... bak kata pepatah ( lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji ) dan oleh kerana aku xnak jadi lembu aku pun ikhlaskan la hati ni nak menunaikan janji2 aku 2.

Tapi rasanya ada jugak la kadang2 aku jadi macam lembu...macam ok MACAM...sekali lagi ditegaskan M.A.C.A.M bukan jadi betul2 lembu hahhaha....

okey la okey la...xnak buang masa lagi... saksikanlahhh..(lenggok M.Daud Kilau)








Ni gambar tengah xda keja ni ngeee~~~ menggedik jak lebih kami ni kalau xda keja...lebih2 lagi kalau bos pun xada mmg opis 2 bagaikan ana yang punya la jawabnya hehehhe...
























 Ni plak gambar hari terakhir aku kat cawangan 2...Masa 2 nangis sampai tahap meleleh hingus wooo... tapi masa begambar smua buat muka cute jak kan...hampas tol hehehe...

Dan yang paling tak sangka2 ketua pun bukan main punya sporting la pada hari tersebut (ayat skema mcm bos aku). Ketua aku yang pakai serba pink 2...cun kan kalau dia senyum mcm 2...tp masa keja sangat la ssh nak nampak dia ni senyum huh =( 2 yang way aku xbrani nak becakap lebih2 ngn dia. Yang buat aku terharu sangat2 sampai tangkap lentok huhuhuhu dlm diam2 bos aku ni rupanya dia menilai kerja yang aku buat dan selama ake bekerja baru kali ni aku rasa usaha aku dihargai tu yang buat aku rasa macam xnak pindah jak dari cawangan 2.







Yang ni memang rutin ni hahaha...keja 3 mangkok masa rest...asyik nak tangkap gambar jak...Sampai sorang staff lelaki 2 mmg bengang la ngan kitorang, apa taknya dia yang jadi mangsa kami lau nak suruh tangkap gambar hehehhe...

Aq plak masa ni menyempat lagi layan cerita upin ipin aku hahaha...da mcm  budak xcukup bulan jak aku rasa. ( betul...betul...betul )

Sekian saja merepek saya untuk hari ini... tataaaaa


Kemerepekan Oleh,

Seputih KasihQ