BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome 2 my life

Isnin, 19 Mei 2014

TiAdA aPa YaNg DaPaT kU LaFaZkAn...

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama aku tak update blog ni...sawang berjuntai-juntai, debu berterbangan...sikit hari lagi memang berpenunggu la blog aku...ibarat rumah yang dah lama dibiarkan kosng (ngeee~~~ boleh macam 2?)

Hari ni tetiba rajin nak memeriahkan blog ni dengan kehadiran N3 baru... Aku sayang wei blog ni, daripada langsung tak tau apa2 pasal blog sampai la sekarang ni still tak tau jugak hahaha... Bab bagi aku blog ni satu tempat yang paling sesuai untuk aku luahkan semua yang aku rasa...(yang tu aku tipu) tak da la semuanya aku luahkan kat sini...kalau rajin je pun sebenarnya.

Semenjak dua menjak ni aku banyak berfikir pasal keluarga dan kawan-kawan aku. Banyak perubahan yang dah berlaku dalam perhubungan aku tak kesah la dengan kawan-kawan mahupun keluarga. Dan yang paling terkesan di hati ialah hubungan yang semakin hambar aku rasakan bersama sepupu2 dan kawan2 rapat aku. Penat aku berfikir...sampai kadang2 tak dapat nak lelapkan mata huhuhu (macam kes berat jak kan) tapi hakikatnya memang berat aku rasakan.

Sejujurnya aku terlalu merindui waktu2 dulu... betapa akrabnya aku dengan sepupu2 aku...betapa mesranya aku dengan kawan2 aku tapi sekarang...

Puas aku fikir mecari silap sendiri... tapi susah aku nak menilai diri sendiri dalam erti kata lain tak sedar diri (huh sandinya) Mungkin jugak kesilapan semua di pihak aku. Ntahlah...mungkin aku terlalu dingin dan beku terhadap mereka...dan mungkin juga aku yang mudah terasa hati dengan setiap keterlanjuran kata mereka... pendamkan semua sakit hati sehingga memakan diri sendiri. 

Seperti tajuk untuk N3 ni "tiada apa yang dapat ku lafazkan untuk menggambarkan perasaan dan bentuk hati aku sekarang" jadi cerita ni kita tolak tepi dulu...nnt dah dapat jawapannya baru aku update lain N3 plak.
.
.
.
.
.
Sebenarnya yang buat aku bersemangat nak update blog hari ni sebabnya aku nak abadikan cerita perkahwinan sahabat baik aku LILI (Seindah Puteri) yang berlangsung baru2 ni 13 MAY 2014.

Kenapa pulak aku yang kena semangat??? 
Bukannya aku yang kahwin pon kan???

Sebenarnya...
-  hushhh sebenarnya lagi...tak ada perkataan lain ka??? 

Ok aku tukar 

Sebetulnya...(hahahha dah lain kan tapi maksud masih sama...tak kesah la) biar pun hubungan aku dengan LILI tak semesra dan seakrab dulu (Puncanya jangan tanya bab aku memang tak habis fikir lagi) tapi bagi aku hmmm macam mana nak cakap?

Senang cerita hari berbahagia kawan2 aku merupakan hari bergumbira aku jugak. Lagipun antara kami bertiga...LILI yang paling awal kawen hahaha semangat betul dia padahal aku ni la yang selalu bising2 nak kawen la apa la...tengok2 sampai sekarang tak kawen kawen huhuhu apa la nasib badan. Tapi tak apa jodoh untuk aku belum sampai agaknya. lagi pun LILI yang paling tua antara kami bertiga jadi memang harus la dia kawen dulu hehehe... 

Sebelum hari perkahwinan tu berlangsung aku memang dah pening tahap gaban memikirkan apa hadiah yang sesuai nak bagi kat bakal pengantin ni??? memang tak da pengalan langsung dalam bab ni. Lagipun aku bukannya pernah pegi kenduri kawen ni (tipu lagi) pena la tapi ada la 3 4 kali jak pegi.

Macam-macam idea merepek bermain2 dalam kepala aku ni... LULU pun tak membantu langsung...siap main rahsia2 lagi hadiah apa nak pagi (ini semua poyooo) antara hadiah yang aku terfikir nak bagi calon calonnya adalah : jeng jeng jengggggg
.
.
.
.
.
.
.
1) Baju tidur yang seksi (niat nak bagi suami dia berdarah hidung tengok dia pakai macam 2)
2) Pakaian Baby (sebagai pembakar semangat hahaha...)
3) Lesung batu (hahaha paling mengarut...)
4) Cadar (nak bagi yang corak2 romantik gituuu...tapi tak jumpa yang sesuai)
5) Frame Ayat (bukan ayat2 cinta ya...kang muntah hijau plak pengantin...ayat2 al-Quran tp kat Tawau ni memang hampeh)
6) Set pinggan mangkuk (kot kot la ada rumah sendiri dah ada sikit2 pekakas dapur)
7) Body Shop (nak bagi aroma2 yang mengairahkan...hahaha eee gethek betul ayat)
8) Penimbang Berat Badan (mana la tau dah kawen berat bertambah2...tapi rasa macam perli diri sendiri jak)
9) Jam loceng (nak siap set alarm tengah2 malam buta...kacau daun sikit)
10) Tong Gas (saja nak bantu pengantin untuk mulakan kehidupan berumah tangga...apa kaintannta???ntah)


10 benda ni antara hadiah yang aku nak bagi kat pengantin...tapi setelah dipertimbangkan baik dan buruknya akhirnya aku beli pembakar roti. 

Motif???

hahaha ntah main tangkap muat jak pun...kebetulan itu yang ada depan mata. Siap selit kata pujangga lagi dalam kota pembakar roti tu... "Sarapan yang ringkas tapi amat bermakna jika air tangan seorang isteri yang menyediakannya" hahaha ayat ntah apa2 ntah tapi yang pasti ada maksud tersirat tu...baca dan fahamkan ya.

16 May 2014

Aku pegi majlis tu dengan LULU... tapi siyes aku sedih gila gila bab tujuan utama nak tengok LILI nikah...sekali dorang nikah Pukul 2 petang da huhuhu...tak dapat la aku nak saksikan detik detik indah LILI bergelar isteri. 

Aku terpaksa balik awal wei...bukan saja2 bab masalah kenderaan, esoknya aku dah terpaksa keja. Sedih sangat tapi tak apa la aku doakan dari jauh jak semoga Lili dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat.


Sempat jugak la amek gambar dengan pengantin... 

To LILI ---> Ko cantik betul masa ni...berseri-seri muka hahaha suka la tu kan??? Sekarang ko dah jadi bini orang...kena matang sikit tak boleh mau gila2 sangat sudah. Yang paling penting terima suami ko 2 seadanya...terima baik dan buruknya dengan ikhlas. (Nasihat si bujang kepada si Isteri orang)
Aku selalu doakan kebahagian ko n LULU...xpena aku lupa kamu berdua walaupun mungkin aku dah tak macam dulu (Sori sangat untuk itu). Semoga ko bahagia hingga ke jannah...bantu suami untuk bentuk keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.








Celoteh Seputih Kasih Q
*LULU & LILI kamu tetap sahabat kesayangan ku...*


0 ulasan: