BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome 2 my life

Selasa, 8 April 2014

Kenapa aku rasa dia sungguh selfish

Tajuk macam marah + keliru + bingung + terkejut + seperti bermimpi = menjengkelkan

Walaupun macam tak ada kena mengena...tapi suka untuk aku nyatakan tajuk terhasil oleh rasa yang kurang senang aku terhadap seorang hamba Allah.

Rasanya kebanyakan post aku memang ada unsur unsur kurang senang...Ntah bila agaknya hati aku nak senang hehehhe...

Jadi???

Ada aku kesah???

Aku dah plan cuti baik punya untuk may ni...banyak urusan nak kena settle dan ada hajat di hati yang nak kena lunaskan tapi...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aku tak dapat terima kalau aku terpaksa buat pindahan cuti apatah lagi membatalkan cuti semata-mata untuk memberi laluan untuk orang yang nak berkahwin ni.

Aku xada la kejam sangat... bukan xnak bagi laluan langsung tapi bertimbang rasa la sikit... fikir la sikit keperluan orang lain.

Pihak pengurusan dah peruntukan cuti ehsan 3 hari untuk orang yang nak bina masjid ni...2 dah kira ok...kalau nak tambah cuti sampai seminggu pun aku ok lagi... xada masalah, aku boleh paham... Pengantin baru kan, banyak la kot aktiviti nak buat (otak ada awan2 nakal) tehee~~~

tapi kalau nak pulun habis cuti samapi 3 minggu "oh mak kau, nak berbulan madu di London ka berbulan madu di awan biru ni???" terkejut beruk aku...beruk 2 ada cool sikit lagi kot dari aku huhuhu...rasa nak tumbuk2 dada macam kingkong nak mengamuk jak masa 2...tapi aku masih boleh control ayu la walaupun muka sebenarnya dah macam kayu huhahuha...

Kitorang sebenarnya kekurangan kakitangan...memandangkan cawangan kitorang ni baru mula beroperasi so staff yang di tempatkan kat sini pun cukup2 makan je la... ye la nak letak staff ramai2 pun bukan ada keja sangat pun nak buat...Makan gaji buta jak nanti.

Kalau dah staff pun kurang, nak bercuti lebih2 tu memang payah la sebabnya, sorang cuti dua orang kena jaga cawangan... kalau dah pulun cuti sampai 3 minggu memang yg dua orang staff ni kempunan la nak bercuti.

Orang lain pun kawen jugak tapi tak ada la amek cuti macam tu punya lama huhuhu... kalau keja company sendiri ikut suka kau la...nak cuti 2 bulan pun sapa kesah kan??? ni keja makan gaji, tak boleh la nak fikirkan diri sendiri jak...orang lain pun ada keperluan...ada urusan nak kena buat huh hampeh tol la.

Biarpun kat company ni ko ada cable kuat yang boleh sokong apa pun yang ko buat...tp jangan la buat keputusan macam xada otak nak fikir... kena ingat jugak la, kat sini ko bukan kerja sendir...

Aduh...sandi betul la dia ni...

Berdosa ka aku kalau aku doakan dia punya cuti 2 pengurusan tak approve??? macam kejam kan bunyinya tapi apa boleh buat...dia kejam kita pun kejam jugak la.


~Amarahku Bertempiaran~



0 ulasan: