BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome 2 my life

Rabu, 11 November 2015

DIARI MENGANDUNG


Assalamulaikum... sebelum masuk mesti bagi salam dulu, kot2 la ada makhluk tuhan paling seksi yang dah beranak pinak, berkampung, dan berbandaraya kat blog ni hahaha... almaklum dah lama gila2 aku tak menjenguk apatah lagi memberikan sepatah dua kata kat dalam ni ngeee~~~sori bucuk2 blogku...rindu banyak2 tp malas lagi banyak hahahha...

Hari2 online tp malas nak taip menaip sebab sekarang ni focus utama aku adalah mengoogle segala macam pemuda petua dan petuiii untuk ibu-ibu yang mengalami alahan semasa mengandung. Yup tepat sekali, aku sekarang dah nak jadi ibu2 da hehehe... tak pun cerita pasal kahwin tup2 dan mengandung hahahaha....tu lain n3 la aku cerita ya? ya? ya?

Dulu duluuuu masa masih muda remaja, aku selalu perhatikan je orang-orang mengandung ni dengan ragam yang macam2 la aihh... ada yang buat lekk je, ada yang MAK AIII serabai nak mampus... masa tu terdetik gak dalam hati aku ni~~~macam ni ka nak jadi mak orang??? diri sendiri pun tak mampu nak urus~~~ tapi bila sendiri da alami haaaa baru padan dengan muka aku. Korang rasa aku termasuk dalam golongan mana ni??? haaa...dengan bangganya aku mengaku aku memang tergolong dalam golongan yang serabai nak mampus tu uwaaaa sedeh tengok diri sendiri dalam cermin. 

Tapi serius wei... aku bukannya malas tau cuma macam tak  da tenaga walaupun hanya nak bersiap rapi-rapikan diri memang rasa tak larat...kalau time tu husband kata jom keluar, aku pun ok jom, amek tudung yang main sarung je pun dah cukup...kalau boleh nak keluar dengan baju tidur dan gigi yang belum gosok lagi hahahha (tapi aku bukan pemalas tau) kalau di bagi peluang tido 24 jam maka dengan senang hati aku akan tido sambil senyum sampai ke telinga hahahha... 

Mungkin kandungan aku ni baru2 lagi...orang tua-tua kata biasalah tu nanti dah besar-besar sikit nanti ok la. Lagi satu yang membuatkan aku macam tak da tenaga je sebab aku ni alah sesangat dengan nasi, jangan kata nak makan, hidu dan bayangkan nasi tu je pun dah boleh buat aku muntah semangkuk penuh hahahha dasyat tak mak???
Selama mengandung ni banyak perubahan yang aku perasan jadi kat aku...kalau dulu sebelum mengandung...aku teramat lah suka masak, apalagi kalau husband makan sampai bertambah masakan aku tu memang kembang setaman la hati aku hehehhe... tapi semenjak disahkan mengandung ni aku tersangat la alergik dengan dapur...kalau boleh langsung tak nak masuk dapur apatah lagi kalau terhidu bau2 minyak dan bawang lagi la terseksa jiwa dan raga uwaaa... nak tengok resepi atau video2 masakan pun dah tak boleh sekarang ni...eh apa da peliknya aku ni huhuhu sedangkan sebelum ni hari- hari google resepi konon2 nak masakkan untuk suami tp sekarang suami makan beriya-iya pun rasa nak marah jak...rasa macam dia tak kesian jak kat aku...aku dah la tak leh nak makan apa...dia senang-senang hati jak makan dengan penuh semangat...~~sensitip sangat mak~~ 

Hari ni nak cerita tu je hehehe...lain hari kalau rajin aku cerita pasal cara aku atasi alahan2 semasa mengandung ni... tu pun mungkin lepas anak aku lahir dan da besar2 sikit kot baru aku ingat nak update blog hahahhaha

apa-apapun doakan je la semoga semuanya dipermudahkan sampailah bersalin nanti...AMIN...


0 ulasan: