BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome 2 my life

Jumaat, 24 Januari 2014

Ku Relakan Kau Pergi...

Lokasi  : Office Cawangan Tawau
Masa    : Masa keja la...saja nak curi tulang (xpaya persoalkan)
Mood    : Marah membara tapi dah reda =) kembali senyum

Assalamualaikum... (Penting bagi salam dulu)

Hari ni baru ada masa nak update...kemarin pun free gak tapi mood xbrapa nak ok so cerita ni aku pendamkan la dulu di lubuk hati ku yang paling xdalam...bab lau simpan terlalu dalam nanti susah aku nak curahkan kat sini kan? kan? kan? ngeee~~~

kali ni cerita aku agak sedih jugak la...

Pada 18hb January 2014 atok aku telah kembali ke rahmatullah akibat penyakit kanser yang dah takleh nak ubat da...mungkin da ajalnya macam ni kan??? 

Datuk aku menghidapi kanser usus...dah hampir setengah tahun jugak la terlantar kat rumah selepas pembedahan potong usus yang da rosak tu... kanser ni memang pembunuh senyap la...susah sangat nak kesan...dapat kesan pun da tahap 4 hmmm...

Sebab benda ni jugak la aku tergerak nak search pasal kanser ni... meh kita sama2 baca pas tu belek diri sendiri kot2 la ada symptom2 yang dinyatakan tu jadi kat kita...minta2 dijauhkan la ek.



APA ITU KANSER USUS

Kanser usus merupakan salah satu jenis kanser yang terjadi pada rangkaian usus besar atau rektum. Untuk dapat lebih memahami mengenai kanser ini, mari kita mempelajari sistem pencernaan manusia normal.
Kanser usus dan dubur bermula dalam sistem pencernaan, juga disebut GI (gastrointestinal) sistem (lihat gambar di bawah).
Gambar Sistem Pencernaan Manusia
Sistem pencernaan memproses makanan untuk menghasilkan tenaga dan bahagian terakhir dari system ini usus besar menyerap cecair dan membentuk hasilan padat (najis) yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.
Selepas makanan dikunyah dan ditelan, makanan berpindah ke perut. Sebahagian makanan dibahagikan ke dalam bahagian-bahagian kecil untuk dihantar ke usus halus. Usus halus adalah bahagian terpanjang dari sistem pencernaan - kira-kira 20 meter.
Usus halus juga menghuraikan makanan dan menyerap sebahagian besar nutrisi. Usus halus berakhir dengan pada usus besar yang panjangnya kira-kira 5 meter. Usus besar menyerap air dan nutrisi dari makanan dan juga berfungsi sebagai tempat penyimpanan sisa (najis). Najis ini seterusnya bergerak dari usus besar ke dalam dubur - 6 inci terakhir dari sistem pencernaan. Dari sana sisa keluar dari tubuh melalui lubang yang disebut dubur.
Kanser usus besar dan kanser rektum mempunyai banyak persamaan. Kanser usus berkembang secara perlahan-lahan selama bertahun-tahun. Sebahagian besar kanser bermula sebagai polip usus. Polip adenoma ini dapat berkembang menjadi kanser. Dengan membuang polip yang rosak seawal mungkin boleh melindungi anda dari kemungkinan terkena kanser.
Lebih dari 95% dari kanser usus besar dan rektum adalah adenokarsinoma. Kanser ini bermula pada sel-sel yang melapisi bahagian dalam usus besar dan rektum.
Penyebab Kanser Usus
Penyebab kanser usus hingga saat ini belum diketahui dengan pasti. Namun ada beberapa faktor risiko yang meningkatkan dan menyebabkan terjadinya kanser usus, antaranya adalah:
  • Usia: golongan orang tua (berusia diatas 50 tahun) lebih berisiko untuk terkena kanser Usus
  • Pola pemakanan yang sedikit terhadap sayuran dan buah-buahan
  • Obesiti atau pesakit diabetes
  • Merokok atau penagih alkohol
  • Sejarah polip usus atau penyakit usus: orang-orang yang sering mengalami polip usus, penyakit ulcerative colitis ataupun penyakit Crohn, lebih besar risikonya untuk terkena kanser kolorektal
  • Sejarah kanser usus dalam keluarga: Jika anda mempunyai keluarga dekat (ibu bapa atau saudara kandung) yang menderita kanser ini, risiko anda mungkin meningkat
Tanda Kanser Usus 
Kanser kolorektal biasanya tidak nampak dengan jelas tandanya ketika ditahap awal dan tanda jelas akan kelihatan setelah pesakit berada ditahap yang kritikal. Gejala-gejala kanser usus adalah seperti
-          Najis berdarah
-          Perubahan kebiasaan cirit-birit atau sembelit yang semakin kuat
-          Sakit perut
-          Sering keletihan
-          Penurunan berat badan secara drastik tanpa sebab yang jelas
BAGAIMANA KANSER USUS DAPAT DIKESAN
Anda yang berusia 50 tahun keatas ataupun memiliki sejarah keluarga yang pernah mengidap kanser usus adalah sangat disarankan untuk melakukan SKRINING secara berkala bermula pada usia 50 tahun untuk mengesal dari awal dari terkena kanser usus.
Ini kerana ketika polip pra kanser dan kanser usus besar ditemui dan dirawat pada peringkat awal, peluang bagi kesembuhan adalah 100 peratus.
Antara pemeriksaan yang boleh dilakukan adalah:
• kolonoskopi: teropong usus besar
• Guaiac Fecal Occult Blood Test ('gFOBT): untuk mencari darah di dalam najis.Ini adalah tanda awal kanser usus, biasanya diteruskan dengan kolonoskopi
• Enema barium: tablet barium dimasukkan ke dalam usus besar melalui dubur kemudian dilakukan foto rontgen
• Digital Rectal Examinations (DRE): melihat keadaan dalaman dubur
Ujan penanda tumor CEA dan CA 19-9, iaitu melalui pengambilan sample darah untuk meneliti adanya peningkatan protein tertentu yang berkaitan dengan keberadaan kanser usus pada diri anda.

TAHAP PERKEMBANGAN KANSER USUS
  • Tahap 0 merupakan tahap yang dikenalpasti terdapatnya sel-sel kanser hanya pada lapisan paling dalam pada usus kolon atau rektum.
  • Tahap I merupakan tahap dimana sel-sel kanser telah merebak ke dinding dalam usus atau rektum, tetapi belum dapat menembusi keluar.
  • Tahap II merupakan tahap kanser yang mungkin telah menyerang rangkaian di sekitarnya, tetapi belum merebak ke kelenjar lain.
  • Tahap III merupakan tahap di mana kanser telah merebak ke kelenjar di sekitarnya, tetapi belum merebak ke bahagian tubuh yang lain.
  • Tahap IV merupakan tahap kanser yang telah merebak ke bahagian-bahagian badan yang lain, misalnya hati atau paru-paru.
Rawatan Kanser Usus

Terdapat empat jenis rawatan utama untuk kanser kolorektal adalah:
- Pembedahan
- Radioterapi
- Kemoterapi
- Target terapi
Bergantung kepada tahap kanser, sebanyak dua atau lebih jenis rawatan boleh digunakan pada masa yang sama, atau dilakukan satu persatu.

Pembedahan untuk Kanser Usus

Pembedahan biasanya merupakan rawatan utama untuk kanser usus di tahap awal.
Polipectomi adalah suatu kaedah yang biasa digunakan oleh doktor (ahli endoskopi) untuk membuang polip usus yang dianggap berbahaya pada waktu dilakukan kolonoskopi.
Bila ia sudah bertukar menjadi kanser, maka perlu dilakukan tindakan pembedahan yang disebut kolektomi atau reseksi segmental. Biasanya doktor akan membuang bahagian usus yang terkena kanser (termasuk nod limfa didekatnya), dan kemudian menyambung semula bahagian usus yang masih berbaki.
Pada kaedah rawatan ini, doktor mungkin perlu untuk membuat lubang pembuangan najis sementara (ostomi) di pinggang pesakit supaya usus kembali sembuh.
Kaedah pembedahan laparoskopi kolostomi (lihat gambar dibawah) - menggunakan teknik yang lebih canggih yang tidak memerlukan tempoh yang panjang seperti pada operasi pembedahan biasa (open surgery). Terdapat beberapa manfaat dari kaedah ini adalah terasa sakit sesudah operasi jauh lebih berkurang .
Untuk jenis kanser dubur (rectum) ditahap awal, doktor akan melakukan pembedahan seperti pemotongan local dan reseksi trans-anal local, sebuat alat akan ditempatkan ke dalam dubur, tanpa perlu membuat bukaan pada kulit.
Bagi kes kanser usus dan kanser rectum tahap II dan III, ia mungkin memerlukan pengendalian atau pembedahan yang lebih serius dengan salah satu kaedah ini:
Reseksi Low Anterior: Kaedah ini dilakukan bila kedudukan kanser terletak diatas rectum berhampiran dengan sempadan usus besar. Doktor bedah perlu membuat belahan terbuka pada perut untuk membuang bahagian yang terkena kanser (beserta kelenjar yang dijangkiti), tanpa menjejaskan Anus. dengan kaedah ini, pesakit masih boleh membuang air besar seperti biasa (melalui dubur).
Proctectomy dengan colo-anal anastomotosis: Bila kanser berada diantara bahagian tengah dan 2/3 bawah dubur, maka seluruh rektum dan usus besar yang melekat pada dubur perlu dibuang. Ini disebut sebagai anastomosis colo-anal (anastomosis bermakna sambungan). Ini adalah rawatan yang sukar untuk dilakukan. Untuk itu doktor akan membuat beg pembuangan najis sementara (ostomi) hingga ususnya sembuh. Operasi kedua diperlukan kemudian untuk menutup pembukaan ostomi.
Reseksi Abdominoperineal (AP): Apabila kansernya berada pada bahagian bawah rectum berhampiran dengan dubur, maka pakar bedah perlu membuang juga anusnya. Oleh itu sebuah lubang pembuangan najis (ostomi) permanent perlu dibuat untuk mengeluarkan najis dan kotoran dari tubuh pesakit.
Eksenterasi panggul: Jika kanser rektum sudah merebak ke organ terdekat, maka diperlukan satu pembedahan radikal, yang mungkin melibatkan usus besar, dubur ataupun pundi kencing ,prostate atau rahim yang dijangkiti. Ostomi diperlukan untuk pembuangan najis permanent. Jika pundi kencing dibuang, urostomy (jalan untuk buangan air kencing) juga diperlukan.

PENCEGAHAN KANSER USUS

Tindakan terbaik yang boleh dilakukan untuk mencegah kanser usus adalah dengan rajin mengambil serat (biji-bijian, buah-buahan dan sayur-sayuran). Elakkan makanan yang mengandungi pewarna, pengawet, alcohol dan rokok. Banyakank minum air putih dan elakkan stress.
Selain itu penting bagi anda yang berusia diatas 50 tahun untuk kerap melakukan saringan kanser usus melalui teropong usus (kolonoskopi) sebagai sebahagian daripada regular check up anda.
Anda juga boleh mengambil supplemen vitamin dan herba, seperti Typhonium Flagelliforme ® untuk meningkatkan daya tahan anda dan mencegah dari awal dari terkena kanser usus .





Erm menakutkan bukan??? Jagalah kesihatan kita bersama "Hidup Sihat Keluarga Bahagia" pesanan dari penaja ngeee~~~ tapi serius ni aku tak main main...kadang kita tak sedar penyakit tu da berumah dalam badan kita, sedar-sedar pun da teruk doktor pun da geleng-geleng kepala huhuhu... So mencegah lagi murah dari mengubati kan?kan?kan? lau ubat terus sembuh xpa la jgk...

Pemergian atok tu aku dan keluarga ikhlaskan...tuhan lebih menyayanginya cuma aku yang hidup ni kena jadikan benda tu sebagai pengajaran la...Jangan ingat orang yang kuat, gagah, perkasa tu sihat...dalamannya kita tak tau dan mungkin jugak orang punya badan pun tak tau...renung-renungkan lah...


Ceramah Kesihatan Daripada Dr.Aniza

0 ulasan: