Jika kamu memancing ikan...setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja...kerana ia akan sakit oleh bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitu juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangi mu hendaklah kamu menjaga hatinya...janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah ia berpada,janganlah terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu..apabila sesekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...akhirnya ia terbuang...sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorg terimalah seadanya...janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa...anggaplah dia manusia biasa. Apabila sesekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya...akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga akhirnya.
Jika kamu mempunyai sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu...mengenyangkan & berkhasiat, mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan,kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya akhirnya kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorg insan,yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu,menyayangimu dan mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan kelak kamu akan kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...
*kata2 itu sebernya tdk mempunyai makna untk menjelaskan perasaan. Manusia b0leh membentuk seribu kata2,seribu bahasa. Tetapi kata2 bukan bukti unggulnya perasaan...sama2lah kt renungkan.
Rabu, 16 November 2011
Mari Renungkan..
Dicatat oleh seputih kasih di 9:51 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)


0 ulasan:
Catat Ulasan