BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome 2 my life

Selasa, 4 Disember 2012

Ketensionan Melanda

Assalamualaikum...

Post kali aku nak cerita sal ketensionan yang melanda aku pd 29/1/202 ngeee...

28/11/2012 (Office)
*Aku sms ngan Lili. Sibuk2 wat keja pown sempat lagi aku layan msg budak satu ni (sambil menyelam minum air la kiranya ngeee~~~) crita punya crita... si Lili ni pown bagi tau la yang dia nak datang KK...ada interview katanya tapi bos dia tak bagi cuti. Aku siap bagi nasihat lagi kat dia...

Kalau bos ko tak bagi cuti ko ponteng jak la...apa susah, watpa nak terikat kat tempat tue... bukannya kena serap jadi pekerja tetap pown (baik punya nasihat aku bagi kan? kan? kan?...macam bgs jak aku ni hehehe)...

Beberapa minit kemudian... Lili gtau dia da berjaya ugut bos untuk bagi dia cuti hahahha ( tang tu aku xda ajar ok). Lili da sebok merancang itu ini... tapi yang wat aku terkejut bila Lili kata aku pown kena pegi interview tue esok bab dia da daftarkan nama aku sekali. Mangkok jamban punya kawan...sesuka hati dia jak daftarkan nama aku...kalau eya pown bagitau la aku dulu, nie tak esok dah nak pegi hari ni baru nak gtau aku. Pening aku dibuatnya...macam mana nak minta cuti last minute macam nie??? dah la keja xsampai sebulan pown lagi...eee buat rusak reputasi aku jak la ( mengomel dalam hati). Akhirnya sampai habis waktu keja aku masih xda minta cuti lagi hehehe... tadi bukan main lagi bagi nasihat kat Lili...bila da kena batang hidung sendiri rasa payah plak nak cakap dengan bos.

29/11/2012
Aku terlambat jemput Lili kat terminal hahhaha... kesian dia ntah berapa lama dia menunggu aku kat terminal tue... Sowi Liii, Best woo tido sampai malas mau bangun ngeee~~~
Pukul 9 nanti da nak pegi interview tp cuti tak minta lagi ni... aku pown wat keputusan untuk minta cuti dengan cara yang agak brutal hehehhe...main msg jak la, kan senang.

Pukul 8 lebih kitorang dijemput oleh kakak pupu Lili yang kebetulan bekerja kat tempat yang kitorang nak interview nie. Masa dalam perjalanan tue kakak nie ada la cerita sikit2 pasal kerja yang kitorang nak apply nie, pasal soalan2 yang mungkin akan ditanya nanti...Kebetulan gak kakak ni yang jadi setiausaha untuk sesi temuduga tue nanti. Apa yang wat aku gabra lain macam bila kakak tue gtau yg kitorang akan diberikan ujian bertulis...(tue ok la lagi) n dalam ujian tue ada soalan matematik ( yang ni aku xle tahan) aduhhhh kenapa plak soalan matematik??? aku da la bangang bab kira mengira nie. Rasa macam nak patah balik jak masa tue. 
Sampai kat tempat interview...dah ada beberapa orang yan datang dengan niat yang sama.Boleh dikatakan semua yang nak interview ni student, kira aku dengan lili jak masa tue yang tak berapa menyerlah. Apa yang wat aku tekanan yang amat...budak2 nie siap bawa toyol2 lagi tue pegi interview (toyol2 = note kecil) ngalahkan orang nak dok exam plak hahhaha... Semangat betul budak2 nie...siap search maklumat sal keja nie kat internet... bila dorang dah mula bising berbincang pasan konsep, objektif segala... aku dah mula gelisah. Aku siku lili...( Liiii ko tau ka pasal konsep benda nie??? Lili kata mana la aku tau) Ok bagus ada hati nak temuduga tapi langsung xtau apa2 pasal keja yang nak apply tue...xda persediaan langsung. 
Tak lama pas tue...kertas soalan diedarkan, dan kitorang diberikan masa 15minit untuk siapkan semua soalan2 tue. Aku baca soalan2 yang di bagi tue...fuhh hati sedikit lega bab soalannya xda la susah mana pown, tapi xle over confident kang lain plak jadinya ngeee~~~ 

aku masih ingat satu soalan yang buat aku muskil sampai sekarang...

*Umur ibu 21 tahun... 9 tahun kemudian umur ibu 5 kali ganda umur anaknya. Berapakah umur anak ketika umur ibunya 25 tahun? korang rasa2 apa jawapannya??? Bukan soalan nie yang buat aku muskil tapi jawapan seorang peserta interview tue yang wat aku muskil. Aku terdengar dorang berbincang masa menjawab soalan nie...Dorang kata jawapannya 17thn... eya ka 17thn? mana mana boleh dapat 17thn???? (KIV)

Seramai 16 peserta temuduga...aku orang yang kedua akhir dipanggil untuk menghadap huhuhu dup dap dup dap... (jantung aku macam nak jatuh...aku bukan tak biasa temuduga tapi ntah kenapa kali ni lain benar rasanya...mungkin aku terlalu berharap dapat keja ni kot) Masa interview semuanya berjalan lancar...Suara aku pown keluar tanpa tersekat2 dengan lantang dan yakin ngeee~~~(eya2 jak aku nie) Tapi ada satu yang aku tak boleh lupa bila juri bg soalan matematik kat aku...soalan tu senang sebenarnya tapi sebab terlalu gabra aku main tembak sembarang jak hahahha... Soalan dia macam ni 50% bersamaan dengan 2000 =???
jawapannya korang pown tau kan??? tapi masa tue ntah macam mana aku tak dapat fikir...aku bantai jawap 135 hahaha habis aku kena gelak oleh juri cissss terasa betapa bahlulnya aku pd masa tue. Masa tue rasa macam nak keluar jak dari bilik yang panas tue...xnak teruskan dah tapi akal yang waras ni masih boleh bertahan lagi. Kesilapan juri bila timbulkan topik cinta masa interview aku hahahha... Aku memang suka bab2 cinta nie...ntah dari mana datangnya keberanian tue aku boleh plak berdebat dengan juri. Ntah macam mana la penilaian dioranag kat aku.

Habis jak interview kitorang tunggu kakak pupu si Lili...saja nak tau perbincangan juri kat dalam bilik interview tadi. Aku yang tadinya dah rasa putus asa dengan interview tadi kembali bersemangat bila kakak Lili kata aku ada potensi untuk dapat kerja tue...Harap-harap masin la mulut  kakak nie. Lagi bagus kalau Lili pown dapat. Makin berganda-ganda la kebestannya hehehehe. Semoga impian kami menjadi nyata Amin...

-Harapan kembali menggunung- 


0 ulasan: