BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
welcome 2 my life

Isnin, 19 Mei 2014

TiAdA aPa YaNg DaPaT kU LaFaZkAn...

Assalamualaikum...

Rasanya dah lama aku tak update blog ni...sawang berjuntai-juntai, debu berterbangan...sikit hari lagi memang berpenunggu la blog aku...ibarat rumah yang dah lama dibiarkan kosng (ngeee~~~ boleh macam 2?)

Hari ni tetiba rajin nak memeriahkan blog ni dengan kehadiran N3 baru... Aku sayang wei blog ni, daripada langsung tak tau apa2 pasal blog sampai la sekarang ni still tak tau jugak hahaha... Bab bagi aku blog ni satu tempat yang paling sesuai untuk aku luahkan semua yang aku rasa...(yang tu aku tipu) tak da la semuanya aku luahkan kat sini...kalau rajin je pun sebenarnya.

Semenjak dua menjak ni aku banyak berfikir pasal keluarga dan kawan-kawan aku. Banyak perubahan yang dah berlaku dalam perhubungan aku tak kesah la dengan kawan-kawan mahupun keluarga. Dan yang paling terkesan di hati ialah hubungan yang semakin hambar aku rasakan bersama sepupu2 dan kawan2 rapat aku. Penat aku berfikir...sampai kadang2 tak dapat nak lelapkan mata huhuhu (macam kes berat jak kan) tapi hakikatnya memang berat aku rasakan.

Sejujurnya aku terlalu merindui waktu2 dulu... betapa akrabnya aku dengan sepupu2 aku...betapa mesranya aku dengan kawan2 aku tapi sekarang...

Puas aku fikir mecari silap sendiri... tapi susah aku nak menilai diri sendiri dalam erti kata lain tak sedar diri (huh sandinya) Mungkin jugak kesilapan semua di pihak aku. Ntahlah...mungkin aku terlalu dingin dan beku terhadap mereka...dan mungkin juga aku yang mudah terasa hati dengan setiap keterlanjuran kata mereka... pendamkan semua sakit hati sehingga memakan diri sendiri. 

Seperti tajuk untuk N3 ni "tiada apa yang dapat ku lafazkan untuk menggambarkan perasaan dan bentuk hati aku sekarang" jadi cerita ni kita tolak tepi dulu...nnt dah dapat jawapannya baru aku update lain N3 plak.
.
.
.
.
.
Sebenarnya yang buat aku bersemangat nak update blog hari ni sebabnya aku nak abadikan cerita perkahwinan sahabat baik aku LILI (Seindah Puteri) yang berlangsung baru2 ni 13 MAY 2014.

Kenapa pulak aku yang kena semangat??? 
Bukannya aku yang kahwin pon kan???

Sebenarnya...
-  hushhh sebenarnya lagi...tak ada perkataan lain ka??? 

Ok aku tukar 

Sebetulnya...(hahahha dah lain kan tapi maksud masih sama...tak kesah la) biar pun hubungan aku dengan LILI tak semesra dan seakrab dulu (Puncanya jangan tanya bab aku memang tak habis fikir lagi) tapi bagi aku hmmm macam mana nak cakap?

Senang cerita hari berbahagia kawan2 aku merupakan hari bergumbira aku jugak. Lagipun antara kami bertiga...LILI yang paling awal kawen hahaha semangat betul dia padahal aku ni la yang selalu bising2 nak kawen la apa la...tengok2 sampai sekarang tak kawen kawen huhuhu apa la nasib badan. Tapi tak apa jodoh untuk aku belum sampai agaknya. lagi pun LILI yang paling tua antara kami bertiga jadi memang harus la dia kawen dulu hehehe... 

Sebelum hari perkahwinan tu berlangsung aku memang dah pening tahap gaban memikirkan apa hadiah yang sesuai nak bagi kat bakal pengantin ni??? memang tak da pengalan langsung dalam bab ni. Lagipun aku bukannya pernah pegi kenduri kawen ni (tipu lagi) pena la tapi ada la 3 4 kali jak pegi.

Macam-macam idea merepek bermain2 dalam kepala aku ni... LULU pun tak membantu langsung...siap main rahsia2 lagi hadiah apa nak pagi (ini semua poyooo) antara hadiah yang aku terfikir nak bagi calon calonnya adalah : jeng jeng jengggggg
.
.
.
.
.
.
.
1) Baju tidur yang seksi (niat nak bagi suami dia berdarah hidung tengok dia pakai macam 2)
2) Pakaian Baby (sebagai pembakar semangat hahaha...)
3) Lesung batu (hahaha paling mengarut...)
4) Cadar (nak bagi yang corak2 romantik gituuu...tapi tak jumpa yang sesuai)
5) Frame Ayat (bukan ayat2 cinta ya...kang muntah hijau plak pengantin...ayat2 al-Quran tp kat Tawau ni memang hampeh)
6) Set pinggan mangkuk (kot kot la ada rumah sendiri dah ada sikit2 pekakas dapur)
7) Body Shop (nak bagi aroma2 yang mengairahkan...hahaha eee gethek betul ayat)
8) Penimbang Berat Badan (mana la tau dah kawen berat bertambah2...tapi rasa macam perli diri sendiri jak)
9) Jam loceng (nak siap set alarm tengah2 malam buta...kacau daun sikit)
10) Tong Gas (saja nak bantu pengantin untuk mulakan kehidupan berumah tangga...apa kaintannta???ntah)


10 benda ni antara hadiah yang aku nak bagi kat pengantin...tapi setelah dipertimbangkan baik dan buruknya akhirnya aku beli pembakar roti. 

Motif???

hahaha ntah main tangkap muat jak pun...kebetulan itu yang ada depan mata. Siap selit kata pujangga lagi dalam kota pembakar roti tu... "Sarapan yang ringkas tapi amat bermakna jika air tangan seorang isteri yang menyediakannya" hahaha ayat ntah apa2 ntah tapi yang pasti ada maksud tersirat tu...baca dan fahamkan ya.

16 May 2014

Aku pegi majlis tu dengan LULU... tapi siyes aku sedih gila gila bab tujuan utama nak tengok LILI nikah...sekali dorang nikah Pukul 2 petang da huhuhu...tak dapat la aku nak saksikan detik detik indah LILI bergelar isteri. 

Aku terpaksa balik awal wei...bukan saja2 bab masalah kenderaan, esoknya aku dah terpaksa keja. Sedih sangat tapi tak apa la aku doakan dari jauh jak semoga Lili dan pasangan bahagia hingga ke akhir hayat.


Sempat jugak la amek gambar dengan pengantin... 

To LILI ---> Ko cantik betul masa ni...berseri-seri muka hahaha suka la tu kan??? Sekarang ko dah jadi bini orang...kena matang sikit tak boleh mau gila2 sangat sudah. Yang paling penting terima suami ko 2 seadanya...terima baik dan buruknya dengan ikhlas. (Nasihat si bujang kepada si Isteri orang)
Aku selalu doakan kebahagian ko n LULU...xpena aku lupa kamu berdua walaupun mungkin aku dah tak macam dulu (Sori sangat untuk itu). Semoga ko bahagia hingga ke jannah...bantu suami untuk bentuk keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.








Celoteh Seputih Kasih Q
*LULU & LILI kamu tetap sahabat kesayangan ku...*


Selasa, 8 April 2014

Kenapa aku rasa dia sungguh selfish

Tajuk macam marah + keliru + bingung + terkejut + seperti bermimpi = menjengkelkan

Walaupun macam tak ada kena mengena...tapi suka untuk aku nyatakan tajuk terhasil oleh rasa yang kurang senang aku terhadap seorang hamba Allah.

Rasanya kebanyakan post aku memang ada unsur unsur kurang senang...Ntah bila agaknya hati aku nak senang hehehhe...

Jadi???

Ada aku kesah???

Aku dah plan cuti baik punya untuk may ni...banyak urusan nak kena settle dan ada hajat di hati yang nak kena lunaskan tapi...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
aku tak dapat terima kalau aku terpaksa buat pindahan cuti apatah lagi membatalkan cuti semata-mata untuk memberi laluan untuk orang yang nak berkahwin ni.

Aku xada la kejam sangat... bukan xnak bagi laluan langsung tapi bertimbang rasa la sikit... fikir la sikit keperluan orang lain.

Pihak pengurusan dah peruntukan cuti ehsan 3 hari untuk orang yang nak bina masjid ni...2 dah kira ok...kalau nak tambah cuti sampai seminggu pun aku ok lagi... xada masalah, aku boleh paham... Pengantin baru kan, banyak la kot aktiviti nak buat (otak ada awan2 nakal) tehee~~~

tapi kalau nak pulun habis cuti samapi 3 minggu "oh mak kau, nak berbulan madu di London ka berbulan madu di awan biru ni???" terkejut beruk aku...beruk 2 ada cool sikit lagi kot dari aku huhuhu...rasa nak tumbuk2 dada macam kingkong nak mengamuk jak masa 2...tapi aku masih boleh control ayu la walaupun muka sebenarnya dah macam kayu huhahuha...

Kitorang sebenarnya kekurangan kakitangan...memandangkan cawangan kitorang ni baru mula beroperasi so staff yang di tempatkan kat sini pun cukup2 makan je la... ye la nak letak staff ramai2 pun bukan ada keja sangat pun nak buat...Makan gaji buta jak nanti.

Kalau dah staff pun kurang, nak bercuti lebih2 tu memang payah la sebabnya, sorang cuti dua orang kena jaga cawangan... kalau dah pulun cuti sampai 3 minggu memang yg dua orang staff ni kempunan la nak bercuti.

Orang lain pun kawen jugak tapi tak ada la amek cuti macam tu punya lama huhuhu... kalau keja company sendiri ikut suka kau la...nak cuti 2 bulan pun sapa kesah kan??? ni keja makan gaji, tak boleh la nak fikirkan diri sendiri jak...orang lain pun ada keperluan...ada urusan nak kena buat huh hampeh tol la.

Biarpun kat company ni ko ada cable kuat yang boleh sokong apa pun yang ko buat...tp jangan la buat keputusan macam xada otak nak fikir... kena ingat jugak la, kat sini ko bukan kerja sendir...

Aduh...sandi betul la dia ni...

Berdosa ka aku kalau aku doakan dia punya cuti 2 pengurusan tak approve??? macam kejam kan bunyinya tapi apa boleh buat...dia kejam kita pun kejam jugak la.


~Amarahku Bertempiaran~



Jumaat, 21 Mac 2014

Tak Seindah Mimpi..

Whats wrong with me??? 
Aku dengan dia kan kawan baik??? 
kenapa boleh ada perasaan macam ni???

Ya. Hidup memang selalunya tak seindah apa yang kita mimpikan dan itu la yang sedang aku alami sekarang. Dulu aku terima berita ini dengan perasaan gembira yang tidak terkira kerana aku merasakan mungkin ini adalah yang terbaik untuk aku dan dia. Untuk menyesuaikan diri dan bekerjasama bersama mungkin tidak menjadi masalah memandangkan kami sudah berkenalan agak lama, juga merupakan kawan yang sangat akrab. Tapi kegembiraan yang aku rasa sekelip mata hilang. Ternyata apa yang aku hadapi sekarang melencong 100% daripada harapan dan impian aku sebelum ini.

Huh! Hari-hari dah tak seriang dulu...gelak tawaku hanya siang hari. Malam malam ku sunyi sepi (kecuali kalau tengah layan movie lucu...memang tipu kalau kata aku tak gelak...tapi gelak, gelak sorang sorang la).
Kebosanan yang mungkin tak ada sorang pun yang paham sebab aku sendiri pun tertanya-tanya kenapa harus rasa bosan?

Kan dah dok dengan best friend? 
Kenapa tak berbual sampai terkeluar biji mata dengan dia? 
Masa berjauh dulu boleh jak pun gelak gelak sampai keluar air mata???
Kenapa sekarang dah dekat tak boleh plak?

Sampai sekarang aku tak da jawapan untuk soalan yang aku cipta sendiri. Dari mana silapnya???

Aku ka yang cepat terasa bosan?
Aku ka yang mahukan semua nampak sempurna?
Aku ka yang susah nak berpuas hati?
Aku ka yang selalu mencari salah orang lain?
Atau aku yang tidak boleh menerima pendapat dan nasihat orang?

arghhhh serabut sungguh kepala otak aku ni memikirkan semua tu. Aku tidak minta lebih, aku cuma minta dia berusaha untuk jadi yang terbaik dan buat yang terbaik. Aku tersangatlah tidak suka orang yang buat kerja cincai dan macam takda perasaan. 

Hmm ntah la...kalau ikutkan hati rasanya mahu hantar surat kat pengurusan minta pertukaran cawangan. Tak sanggup dah rasanya hari hari menanggung bebanan perasaan dengan kawan sendiri. 

Hubungan yang dulunya mesra kini suram dan seperti tak bernyawa. Dia dengan halnya dan aku dengan hal aku... Walaupun setiap hari bersama tapi ayat yang terkeluar dari mulut masing masing boleh dikira dengan jari. Terlalu jarang bercakap apatah lagi berbual mesra...sebulan sekali je kot hehehhe...

Manakan aku tak bosan, pegi keja huha huha dengan bos...balik keja, masuk je ke bilik terus sumbat telinga dengan earphone dan akhirnya aku tenggelam dalam dunia aku sendiri owhhh betapa sandinya. Orang ramai tapi aku rasa kesorangan.


Curhat Seorang Sahabat


.

Isnin, 17 Februari 2014

ADUH... Aku Kurang Senang Padamu

Dah kenapa dengan aku ni???
Pepagi lagi dah stress la...benci la mak kalau macam nie...
Ntah kenapa rasa kurang senang, geram tu selalu hadir semenjak dua menjak ni pada orang yang sama...

Ternyata reality tak seindah fantasi...

Ketenangan aku diragut olehnya huhuhu...mau cerita lebih pun rasa macam tak best jak.

Please la rasa rasa yang tak enak ni...please nyah kau dari hidup ku

Khamis, 30 Januari 2014

owh mama saya mahu kahwin...

Assalamualaikum...

Pengenalan
--> Nama sebenar aku Nurul Akiko Aniza...(ni ibu aku kata la) nama kat ic Siti Aniza..ntah macam mana boleh terubah jadi macam tu...malas aku nak amek tau ngeee~~~
--> Umur aku sekarang da masuk 25 tahun...tp still nampak muda cam budak belasan tahun (ni orang la yang cakap...tak ada niat langsung nak memuji diri sendiri. Asal gi memana orang selalu tanya study kat mana??? sekolah kat mana??? tingkatan brapa???...nampak tak betapa baby facenya muka aku hahahha dah mula nak riak le tue)
--> Status aku sekarang single but not available (boleh ka cakap macam tu)...sebenarnya available lagi bab belom ada apa-apa ikatan pown...
--> Perwatakan aq??? erm tak la menarik aku ni, orangnya pendiam...hanya mesra dengan orang-orang yang aku dah biasa, agak baran sket la tapi sangat senang nak pujuk aku kalau kena caranya, agak pemurah, menghormati orang tua, agak lasak, penyayang dan romantik (hahahha ntah eya ka tidak..ni aku rasa la, pendapat orang lain tentang aku tu aku tak tau la)
--> Tang rupa ni aku xdapat nak cakap sangat la...t korang kata perasan plak kan ngee~~~ Aku...orangnya rendah,tapi BMP masih ok la...nampak mmg chubby huhuhu (plan nak diet tp banyak sgt godaan la) Pipi tembam2 sikit, ada sebijik dua jerawat kecil2, hidung tak mancung dan tak jugak pesek yang penting ada 2 tahi lalat kat batang hidung (tu tandanya di cintai ramai orang...ntah betul ka tidak hhahaha), kening hitam (macam cukur tapi sebenarnya original ni), bulu mata lentik (aceceeee), bibir seksi (nampak sangat tipu hahaha),kulit aku hitam erm manis kot (jilat sikit kat tangan...eyarkkk masin) mempunyai sepasang mata yang menggoda tapi rabun orang tua ngeee~~~

Persoalannya di sini apa kaitan pengenalan yang aku buat panjang2 tu dengan tajuk nak kawen plak ni???

Ada kaitan sebenarnya... 

kaitan dan persoalannya adalah seperti yang berikut :

1) Umur aku yang makin meningkat tapi kenapa tak kawen kawen lagi??? (kawan2 baya aku ada yang da beranak dua)

2) Sifat dan perwatakan aku sama macam manusia biasa...xda yang pelik pun, xkan xada yang berkenan kot???

3) Rupa aku nak kata buruk tak la jugak (bersyukur dengan kurniaan Allah) tapi knpa tak ada orang yang nak pinang?

Sebenarnya aku dah bosan cakap pasal kawen ni...kalau korang nak tau sejak aku sekolah lagi aku dah fikir pasal kawen (hahaha nampak sangat gatal)...ye la kan, sapa yang tak mau kawen??? semua orang nak kawen, nak ada orang teman, jaga, amek berat pasal kita ermm seronok ngee~~~ Tapi jodoh tu bukan aku yang tentukan...aku mati mati suka kat orang ni tapi tup tup putus... kes lain pulak tunggu punya tunggu punya tunggu dia tak masok masok meminang lagi sampai sekarang huhuhu sedih tau. Apa la yang aku mampu buat, kalau aku boleh pinang lelaki mungkin da kawen da aku sekarang ni.

Tension bila da masuk bab kawen ni. Bila jumpa kawan lama mesti tanya da kawen ka belum...bila nak kawen...Jumpa family pun sama jugak lebih lebih lagi bila terjumpa kat tempat kenduri kawen (masa tu rasa nak ghoibkan diri buat seketika jak).

Sekarang ni telinga aku macam nak meletup jak dengar soalan pasal kawen, kebetulan pulak dalam sebulan dua ni keluarga aku tengah sibuk menguruskan sepupu sepupu aku punya majlis tunang, kawen dan ntah apa apa majlis lagi la. Yang lagi parah sepupu sepupu yang nak kawen tu lagi muda dari aku hahhaha (sabo jer la). 

Aku sekarang ni, sampai dah naik malas nak call ibu aku tu...bukan nak kurang ajar lebih lebih lagi nak derhaka...cuma malas la nak menjawab soalan yang sama setiap kali call. Bukan aku tak nak kawen...BUKAN TAK NAK KAWEN tapi agaknya jodoh aku belum sampai lagi...lagi pun baru 25 kot belum 35 lagi kan? Ada jodoh kawen jugak aku ni bu...

Satu lagi yang aku meluat sangat bila sebut pasal kawen ni... nak orang kawen awal tapi hantaran bagi tinggi2...harga barang naik harga anak pun naik jugak huh??? pastu nak buat majlis yang hebat hebat huhuhu...kesian la kat orang yang nak bina masjid tu, ni bukan nak membantu...menyusahkan lagi ada (umum)

Esok2 kalau jodoh aku dah sampai, kalau boleh aku nak nikah jak...ntah la, aku tak berminat langsung nak bersanding2 ni...malu gila tu duduk jadi tontonan orang. Buat kenduri kecil2 pun dah kira ok.

Sekarang hanya mampu pekakkan telinga jak la... Bila masanya da tiba, mulut mulut tu akan tertutup juga.




Ketak Ketuk Ketak Ketuk by

Seputih KasihQ